Actually,saya dapat benda ni dari acc twitter @schoollah (so,do follow this acc ye) .
Saya nak share sebab rasa macam benda ni sangat berguna untuk lepasan spm nanti.
.
1. Sejurus je korang dapat keputusan SPM, korang WAJIB update list universiti dalam UPU.
Ini sebab, sebelum keputusan keluar, korang isi universiti di UPU berdasarkan minat kan. So kalini, korang update balik based on actual result SPM.
.
2. Sistem UPU adalah sistem berkomputer, kalau satu requirement tak lepas, jangan sesekali mohon, sebab confirm tak akan dapat.
Disebabkan itu, penting untuk update list universiti korang bila dah dapat keputusan SPM. Letak universiti yang awak lepas requirement sahaja.
.
3. Saat keputusan SPM keluar, badan biasiswa seperti MARA & JPA akan umumkan permohonan biasiswa/pinjaman pelajaran mereka. Kebiasaannya, application mereka hanya dibuka untuk seminggu sahaja.
.
4. Untuk makluman semua, pelajar yang memohon IPG/Matrikulasi/IPTS/etc, permohonan korang dalam UPU tak akan ada apa-apa impact.
Pelajar boleh memohon mana-mana permohonan di luar sistem UPU. Jangan risau.
.
5. Saat keputusan SPM keluar, IPTS akan berlumba-lumba menghantar surat tawaran kepada para pelajar SPM.
Kebanyakkan IPTS yg menawarkan biasiswa kepada pelajar kebiasaannya hanya menawarkan yuran belajar percuma/diskaun. Yuran asrama & elaun bulanan tidak disediakan.
.
6. Jadi, jika anda menerima surat tawaran daripada IPTS di rumah, pastikan anda membaca information yang ditulis di dalam surat tawaran tu. IPTS bukan cuba untuk scam pelajar, itu cuma cara marketing diorang untuk attract pelajar register bersama universiti mereka.
.
7. Untuk pelajar yang tidak menerima keputusan UPU, korang boleh mohon Rayuan nanti. Rayuan hanya boleh dimohon jika anda tidak menerima apa-apa tawaran UPU sahaja.
Kalau nak tukar course/universiti, memang tak boleh mohon Rayuan.
.
8. Sebabtu pentingnya kemaskini permohonan UPU bila keputusan SPM keluar. Pelajar boleh tukar course dan universiti mengikut gred keputusan SPM atau nak mohon universiti sama dengan kawan.
.
9. Bila keputusan SPM keluar, keputusan permohonan Matrikulasi juga akan keluar beberapa minggu selepas itu.
Untuk makluman anda, kalau anda terima tawaran (accept offer) Matrikulasi ketika itu, tiada kesan terhadap permohonan UPU anda. UPU masih akan teruskan application anda..
.
THE END~
Wah macam kenal
ReplyDelete