Bahan-bahannya:
Ayam yang dipotong kecil
Serbuk kunyit
Serbuk cukup rasa
3 ulas bawang merah
4-5 tangkai cili padi
Sedikit halia
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Tambahan : Bawang putih 2 ulas, dan cili merah.
Cara-cara membuatnya:
1. Bawang merah, cili padi, halia dihiris halus dan ketepikan.
2. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cukup rasa selama beberapa jam.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
4. Guna minyak yang sama, masukkan bawang merah, cili padi, halia dan sedikit garam jika mahu.
5. Kalau nak tambah bawang putih dan cili merah pun cun. Hidangkan dengan nasi panas.
Tip : Kalau nak guna daging pon boleh, tukar je dengan ayam, bahan lain semua sama.

No comments:
Post a Comment