BAHAN-BAHAN :
Milo – 100gram
Susu pekat manis – 195gram
Susu segar – 100ml
Biskut Marie – 300gram(Siap dipatah dua)
Anda juga boleh guna lain biskut. Mengikut citarasa masing-masing
Mentega – 125gram
Kacang almond (siap dipotong & dipanggang)
Serbuk koko – 15gram
CARA-CARA MENYEDIAKAN KEK BATIK:
1. Pertama sekali, cairkan marjerin di dalam kuali
2. Kemudian, masukkan susu pekat, Milo dan serbuk koko
3. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Pastikan tidak berketul
4. Kemudian, masukkan biskut
5. Gaul biskut dengan coklat sehingga semua sebati
6. Kemudian, masukkan kacang almond
Gaul sehingga sebati
7. Pastikan biskut tidak hancur semasa menggaul
8. Ambil bekas loyang yang di lapik plastik di atas nya
9. Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam bekas
10. Tekan bahan tersebut sehingga mampat di dalam bekas loyang itu
11. Kemudian, simpan kek anda dalam peti sejuk untuk disejukkan
12. Sejukkan dalam 4-6jam

No comments:
Post a Comment