Wednesday, 28 March 2018

RESEPI MACARON

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MACARON 80g putih telur – suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A 65g gula castor 80g serbuk almond 140g gula icing pewarna

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MACARON -Kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.
-Alas dulang pembakar dgn kertas minyak.
-Ambil duit syiling 20 sen & lukis atas kertas minyak & jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. -Terbalikkan kertas & letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
-Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu.
-Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. -Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.


Langkah 1 -Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan Langkah 2 -Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
-Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit).
-Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental).
Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
-Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dh bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula je. -Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit & gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
-Kemudian boleh lah kita letak pewarna. -Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4 -Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis. -Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar.
-Rehatkan macrons lebih kurang 30–45 mint. Pastikan macaron benar-benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan. -Panaskan oven 150C
-kita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jgn panas sangat kerana nanti macarons Pecah atau retak.

-Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 – 20 minit. -Setelah masak, letakkan macroons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

No comments:

Post a Comment