Wednesday, 28 March 2018

RESEPI KEK BATIK

BAHAN-BAHAN : Milo – 100gram Susu pekat manis – 195gram Susu segar – 100ml Biskut Marie – 300gram(Siap dipatah dua) Anda juga boleh guna lain biskut. Mengikut citarasa masing-masing Mentega – 125gram Kacang almond (siap dipotong & dipanggang) Serbuk koko – 15gram

CARA-CARA MENYEDIAKAN KEK BATIK: 1. Pertama sekali, cairkan marjerin di dalam kuali 2. Kemudian, masukkan susu pekat, Milo dan serbuk koko 3. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Pastikan tidak berketul 4. Kemudian, masukkan biskut

5. Gaul biskut dengan coklat sehingga semua sebati 6. Kemudian, masukkan kacang almond Gaul sehingga sebati 7. Pastikan biskut tidak hancur semasa menggaul 8. Ambil bekas loyang yang di lapik plastik di atas nya 9. Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam bekas

10. Tekan bahan tersebut sehingga mampat di dalam bekas loyang itu 11. Kemudian, simpan kek anda dalam peti sejuk untuk disejukkan 12. Sejukkan dalam 4-6jam

RESEPI JAPANESE CHEESECAKE

Bahan-bahan A: 250g cream cheese 50g butter 100ml fresh milk Bahan-bahan B: 60g tepung kek 20g tepung jagung *gaulkan sekali Bahan-bahan C: 5 biji telur kuning ¼ tsp garam Bahan-bahan D 5 biji telur putih ¼ tsp cream of tartar 120g gula halus

Cara-cara: 1. Cairkan bahan A menggunakan double boiler, kacau hingga sebati. 2. Biarkan sejuk sedikit, masukkan bahan B & C dan kacau hinggan sebati. 3. Pastikan aduan cheese tadi tak terlalu panas, kalau panas sangat nanti telur kuning tu termasak pulak.

4. Pukul telur putih bersama cream of tar tar dan masukkan gula sedikit demi sedikit sampai jadi foamy atau meringue. nak make sure adunan dah ok, terbalikkan bekas, kalo tak melimpah kiranya dah perfect.

5. Masukkan adunan telur putih tadi kedalam adunan cheese sedikit demi seikit, gaul hingga sebati. Tuangkan kedalam loyang kek. 6. Bakarkan cheese cake dengan menggunakan water bath pada suhu 160C untuk 15 minit, kurangkan suhu kepada 150C and bakar untuk 45 minit.

7. Turunkan suhu kepada 140C and bakar sehingga atas kek jadi golden brown and, cucuk tengah kek untuk pastikan tengah kek masak atau tidak. Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.

Tip: waterbath tu maksudnya letak loyang berisi adunan kek dlm bekas yg lebih besar yg ada air. then bakar dlm oven. seeloknya guna air panas dan takat air sekurang2nya 1/4 drpd tinggi loyang kek.

RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CAKE

Bahan A 3 biji kuning telur 20 gram gula kastor 40 ml minyak jagung 40 ml susu segar 60 gram tepung kek Bahan B 3 biji putih telur 40 gram gula kastor

Bahan kastad 200 ml susu segar 1 1/2 tbsp kastad 3 tbsp gula kastor Bahan whipped cream 1 cawan whipping cream 2 sudu gula aising

Cara penyediaan: Langkah 1 Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang, masukkan minyak dan susu. Kacau sehingga rata Langkah 2 Ayakkan tepung dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata dan letak tepi (A)

Langkah 3 Pukul putih telur sehingga kembang, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kental (B) Langkah 4 Satukan B ke dalam A secara berperingkat. Kacau secara perlahan menggunakan spatula

Langkah 5 Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar suhu 140 selama 25-30 min. Bergantung kepada oven masing2. Langkah 6 Satukan semua bahan dan masak sehingga kental dan berkilat. Sejukkan. Langkah 7 Pukul whipping cream bersama gula sehingga kental.

Langkah 8 Satukan whipping cream dan adunan kastad Langkah 9 Lubangkan tengah2 cup cake yg telah siap dibakar lalu picitkan cream sehingga penuh. Simpan dalam peti sejuk. Sedia dihidang

RESEPI TOM YAM PUTIH

Bahan-bahan:
-1/2 ekor ayam saiz kecil - dicincang kasar -5 batang serai dititik -3 biji bawang besar dipotong 8 -3 ulas bawang putih diketuk -1 1/2 inci lengkuas diketuk cili padi dititik - kuantiti -ikut suka jus limau nipis semasam rasa
-5 helai daun limau purut disiat -1 liter air rebusan ayam -sedikit sotong basah -sedikit udang basah -2 paket cendawan tiram - disiat -1 paket putik jagung - dipotong ikut suka -1 batang lobak merah - dipotong ikut suka -1 genggam brokoli - dipotong
-1 genggam bunga kobis - dipotong -2 biji tomato saiz besar - potong baji sedikit daun ketumbar - dihiris garam dan gula secukupnya sedikit perasa

Cara: 1. Rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih, cili api, serai, lengkuas bersama air rebusan ayam secukupnya. 2. Apabila kuah mendidih dan ayam mulai empuk, tambahkan dengan sotong dan udang. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya.

3. Masukkan brokoli, putik jagung, lobak dan kubis bunga. 4. Apabila sayuran agak layu masukkan cendawan tiram dan tomato. 5. Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa. 6. Biarkan seketika di atas api bolehlah dihidangkan panas-panas bersama hirisan daun ketumbar.

RESEPI PAVLOVA

Bahan – bahan meringue
-1 sudu kecil tepung jagung -1 sudu kecil cuka masak -4 biji putih telur -175 gram gula caster ( icing sugar ) Bahan – bahan hiasan -Strawberry / Blueberry / Kiwi dan ape-apa buah yang lain -Whipped Cream 250g

Cara-cara
1. Panaskan oven selama 15minit terlebih dahulu pada suhu 170c
2. Kemudian pukul putih telur sehingga kembang.
3. Masukkan gula caster sedikit demi sedikit. Jangan lupa kacau secara berterusan.
4. Masukkan cuka masak dan tepung jagung.

5. Pukul sehingga berkilat dan bertanduk. ( Meringue tidak jatuh sekiranya diterbalikan )
6. Sediakan baking paper berwarna brown atau white. Sapukan sedikit marjerin.
7. Spreadkan meringue atas baking paper mengikut kreativiti anda.

8. Bakar di dalam oven selama 30-40 minit. Makin lama dibakar, makin crunchy.
9. Apabila bertukar brown, biarkan pavlova sejuk seketika di dalam oven.
10. Hiaskan pavlova anda dengan whipped cream dan juga hirisan buah-buahan. Hehehe. Dah siap!

RESEPI SPAGETTI CARBONARA

Bahan-bahan :
-1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun) -1 tin sos carbonara Prego -Sedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya) -bawang putih (cincang) -bawang merah (cincang) -mushroom butang (dihiris)
-1/2 cawan susu segar -Sedikit daun parsley -Garam secukup rasa -lada sulah.

Cara menyediakan : 1. macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan. 2. tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak .

3. masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi. masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati. 4. nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.

5.letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya, untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan. SIAP!

RESEPI DORAYAKI

BAHAN: 1 cawan tepung serba guna (tepung gandum pun boleh) ½ cawan gula halus ½ camt baking soda 3 camb air 2 biji telur 1 cambmadu ½ camb minyak masak Secukupnya kacang merah manis hancur (boleh ganti dgn coklat@ apa sahaja yang anda suka untuk dijadikan inti)

Cara- caranya 1. Masukkan gula ke dalam mangkuk adunan dan tambah gula. Kemudian pukul sebati.
2. Campurkan baking soda dan air. Kacau sehingga baking soda sebati

3. Tambahkan larutan baking soda ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi campuran telur dan gula. Pukul rata.
4. Tambahkan tepung yang telah diayak. Gaul sebati dan rehatkan adunan selama 20-30minit. (Masa nie boleh lah hancurkan kacang merah yang da direbus manis).

5. Selepas direhatkan, jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan beberapa camca besar air mengikut keperluan.
6. Panaskan pan (kuali leper), lenserkan dengan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam pan (api jangan terlalu besar nanti hangus).

7. Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.
8. Kemudian sapukan kacang merah yang hancur tadi dan apitkan dengan kepingan dorayaki lain. SIAP!

RESEPI CHURROS

Bahan-bahan ( 2-3 org ) • 1 cawan air • 1 sudu makan gula • 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka ) • 1 biji telur – size L • 1/2 sudu kecil garam • 1 sudu makan butter

Cara-cara:
1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api

2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)

3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.

4. Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)

5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.(kalau saya,terus je buat step ni bila dalam minyak dah panas tu..goreng ajeee)

6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

7. Taburkan gula+cinnamon atau terus saja celup ke dalam coklat cair. SIAP!

RESEPI SPICY KOREAN FRIED CHICKEN

Bahan-bahan (perapan ayam): - Kepak ayam - ½ cawan buttermilk Campuran tepung: - ½ cawan tepung ubi kentang - 1 sudu besar garlic salt - 1 sudu besar baking powder - 1 sudu besar lada hitam

Bahan-bahan (sos) - 1 sudu besar madu - 4 sudu besar pes cili Korea(Gochujang) - 2 sudu besar sos tomato - 3 ulas bawang putih - ½ sudu besar kicap masin - 1 sudu besar cuka - 1 sudu besar minyak bijan

Cara-cara (perapan ayam):
1. Perapkan ayam dgn buttermilk selama 20 minit.
2. Dalam mangkuk lain gaul tepung ubi, baking powder, lada hitam & garlic salt 3. Masukkan ayam dan salut dengan tepung. 4. Goreng ayam hingga keemasan Cara-cara (sos):
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan pes cili Korea(Gochujang).
2. Masukkan sos tomato, kicap masin, madu, minyak bijn dan cuka. Gaul kesemuanya Cara-cara (sos):
1. Panaskan minyak 3. Apabila sudah dimasak, tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng dan gaul. 4. Taburkan bijan dan daun bawang ke atas ayam. 5. Siap untuk dihidang! :D

RESEPI LASAGNA ROTI

Bahan-Bahan:

•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang • 1 genggam mixed vegie • sos cili n tomato • salt n pepper • roti (Saya pakai roti keping gardenier tu je) • telur • susu • mozarella cheese


Cara-Cara :

1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk. 2. Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu. 3. Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu.

4. celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer. 5. Bakar suhu 180c sampai garing sikit

RESEPI CREAM PUFF WITH CUSTARD CREAM

Cream Custard Bahan-bahan 1sdb tepung gandum 1sdb tepung custard 200ml susu segar 4 sdb gula pasir 1 biji telur saiz A 1 sdb marjerin/butter 1/2 sdt esen vanilla

Cara penyediaan
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.

3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat.
Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff

Cream Puff Bahan-bahan 1 cwn tepung gandum -120gm 1 cawan air – 200ml 1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu 4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati 1 sdt esen vanilla 1sdb gula secubit garam

Cara penyediaannya
1- Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2- Kemudian masukkan gula & garam
3- Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung & kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk.

4- Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5- Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)

6- Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang.
7- Paipkan adunan bentuk rosset di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat.
8- Spray permukaan doh/rosset dengan air

9- Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)

10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (saya tak belah cream puff tapi Saya masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)

RESEPI MACARON

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MACARON 80g putih telur – suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A 65g gula castor 80g serbuk almond 140g gula icing pewarna

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MACARON -Kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.
-Alas dulang pembakar dgn kertas minyak.
-Ambil duit syiling 20 sen & lukis atas kertas minyak & jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. -Terbalikkan kertas & letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
-Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu.
-Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. -Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.


Langkah 1 -Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan Langkah 2 -Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
-Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit).
-Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental).
Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
-Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dh bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula je. -Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit & gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
-Kemudian boleh lah kita letak pewarna. -Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4 -Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis. -Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar.
-Rehatkan macrons lebih kurang 30–45 mint. Pastikan macaron benar-benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan. -Panaskan oven 150C
-kita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jgn panas sangat kerana nanti macarons Pecah atau retak.

-Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 – 20 minit. -Setelah masak, letakkan macroons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

Tuesday, 27 March 2018

RESEPI AYAM MASAK CILI PADI

Bahan 5-6 ketul ayam 1 biji bawang besar merah* 4 ulas bawang putih* 1 inci halia* 1 inci kunyit hidup* 10-15 tangkai cili padi* 2 tangkai serai 2 cawan air 3/4 cawan santan Garam Air limau kasturi/asam keping tumbuk halus/kisar bahan bertanda *

Caranya 1. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk/dikisar sehingga naik bau. Masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan sebentar. 2. Masukkan air. Biarkan sehingga ayam separuh masak. Masukkan santan. Kacau dan masukkan pula kentang.

3. Perasakan dengan garam dan sedikit air limau kasturi. Masak sehingga kentang lembut. SIAP!

RESEPI KERABU MAGGI

Bahan Maggi thai (Nak guna maggi kita pun boleh, tapi seeloknya maggi thai la kan) Sotong ( dipotong bulat-bulat) Udang. Crab stick. Cili padi. Daun kobis Buah tomato. Daun ketumbar Jus limau kasturi Kicap sotong (atau sos ikan cap sotong) Garam dan gula.

Caranya 1. Benda pertama yang korang kena buat adalah rebus maggi. Rebus jugak sotong, udang dan crab stick. 2. Kemudian angkat dan toskan. 3. Kemudian masukkan dalam mangkuk.

4. Lepas tu, masukkan cili padi, daun kobis, buah tomato, daun ketumbar, jus limau, kicap sotong dan garam serta gula. 5. Gaulkan hingga semuanya sebati dan siap untuk di makan! SIAP!

RESEPI CORNFLAKES MADU

Bahan-Bahan: 5 cawan Cornflakes 1/4 cawan madu 1/4 cawan mentega 1 1/2 sudu besar gula kastor ceri atau taburan manik, untuk hiasan paper cup, secukupnya

Cara-cara 1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati. 2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.

3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna. 4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. SIAP!

RESEPI PUDING KARAMEL

Bahan untuk puding: 5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji) 1 tin susu cair (400ml) 150 ml air biasa 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla Bahan untuk karamel: 5 sudu besar gula 2 sudu besar air

Cara membuat karamel atau gula hangus: Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.

Cara membuat puding: 1. Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk. 2. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. 3. Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.

4. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. 5. Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.SIAP!

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya: Ayam yang dipotong kecil Serbuk kunyit Serbuk cukup rasa 3 ulas bawang merah 4-5 tangkai cili padi Sedikit halia Sedikit garam Minyak untuk menggoreng Tambahan : Bawang putih 2 ulas, dan cili merah.

Cara-cara membuatnya: 1. Bawang merah, cili padi, halia dihiris halus dan ketepikan. 2. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cukup rasa selama beberapa jam. 3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.

4. Guna minyak yang sama, masukkan bawang merah, cili padi, halia dan sedikit garam jika mahu.
5. Kalau nak tambah bawang putih dan cili merah pun cun. Hidangkan dengan nasi panas. Tip : Kalau nak guna daging pon boleh, tukar je dengan ayam, bahan lain semua sama.

RESEPI BIBIMBAP KOREA

Bahan-Bahannya : 280g sayur bayam Minyak bijan Cuka beras Garam dan lada hitam 225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci 1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh 1 lada hijau, dihiris halus 3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan.

Cara memasak: 1. Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut.

2. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. 3. Taburkan sedikit garam & lada hitam ke atas salmon, & stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit

4. Potong salmon kepada kepingan. Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. 5. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati.

6. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit. Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.

7. Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

RESEPI PUDING ROTI KASTARD

Bahan-bahannya: 12 keping roti gardenia 3 cawan susu segar 6 sudu besar gula 1/4 buku dari 250gm butter ( dicairkan ) 2 sudu besar tepung jagung 6 sudu besar kismis 2 biji telur 1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya: 1. Siat-siatkan roti dan rendam dengan susu segar hingga lembut. 2. Masukkan gula, butter cair, tepung jagung, kismis, telur dan esen vanilla dalam bekas. Gaul sebati.

3. Masukkan adunan ini ke dalam adunan roti yang direndam, gaul dan kacau sebati. 4. Lenserkan acuan dengan margerin dan masukkan adunan tadi.

5. Bakar hingga masak. 6. Setelah puding agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk.

Sos Kastard Bahan: 1 tin susu cair 1/2 cawan air 4-5 sudu besar gula 2 sudu kecil tepung kastard 2 helai daun pandan simpulkan(untuk wangi,takde pun takpe)

Caranya: 1. Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati. 2. Campur semua bahan dan masak sehingga sedikit likat dan mendidih.(kacau laju2 tau..nanti berketul) 3. Sejukkan. SIAP!

(P/S : Kalau ada pressure cooker pun boleh guna jugak..lagi senang. Campak je bahan2 puding roti tu)😋

RESEPI MEE HITAM KOREA VIRALL

P/S: ni untuk 3-5 hidangan ye

Bahan A -4 ulas Bawang putih -1 inci halia Bahan B -1 biji Timun Jepun -1 biji Kentang -1 biji Carrot -1 biji Bawang Holland -3 biji cili (kalau suka pedas)

Bahan C -300g Ayam/ Daging/ Seafood /Sosej Bahan D -300ml Air -(250ml) JJAJANG INSTANT PASTE Pemekat -3 sudu Tepung ubi / gandum/ jagung + 100ml air

Cara Penyediaan 1. Tumis bahan A dengan sesudu minyak. 2. Potong dadu bahan B. Goreng sampai layu bersama bahan tumisan 3. Masukkan bahan C dan D. Biarkan menggelegak sehingga semua bahan empuk.
4. Bancuh pemekat dan masukkan ke dalam kuah yang menggelegak. sedikit demi sedikit. Kacau sehingga kuah likat dan kuah hitam berkilat. 5. Sedia dihidang bersama mee / spaghetti/nasi. Gunakan Mee Lidi untuk rasa yang lebih sedap. SIAP!



RESEPI LEMON CHICKEN

Bahan-bahan (perapan ayam): - Paha ayam (dipotong) - 2 biji telur - 2 sudu besar kicap masin - 1 sudu kecil lada sulah - Tepung jagung - Beg Zip-loc(kalau takde, korang letak la dalam apa2 yang bertutup)

Bahan-bahan (sos): - 1 cawan stok ayam - 4 sudu besar madu - 2 sudu besar gula - 4 sudu besar jus lemon - 1 sudu kecil kicap masin - 1/4 sudu kecil garam - Hirisan lemon Bahan-bahan (topping): - Bijan - Daun bawang

Cara-cara: 1. Perap ayam dengan telur, kicap masin dan lada sulah selama 30 minit.
2. Masukkan ayam ke dalam beg zip-loc dan masukkan tepung jagung.

3. Goncang hingga ayam disalut tepung.
4. Goreng hingga keemasan.
5. Untuk sos, didihkan stok ayam dan masukkan madu, gula, jus lemon, kicap masin, garam dan hirisan lemon.

6. Biar didih hingga pekat.
7. Hidangkan ayam dengan sos lemon, daun bawang dan bijan. SIAP!

RESEPI TOM YAM MERAH

Bahan-bahan -1 inch Lengkuas -dihiris -1 batang Serai -diketuk -4 biji cili padi - diketuk -3 keping Daun Limau Purut -1 tangkai Daun ketumbar -3 suda Tomyam paste jenama Maepranom -250g Seafood Sotong Udang -Air 3 cawan -2 mangkuk Cendawan -Carrot -Sayur kubis bunga -Tomato

Cara- cara 1. Masak air dalam periuk dan masukkan lengkuas, serai,cili padi, daun limau purut. Masukkan seafood/ayam/daging ikut selera anda banyak mana pun. 2. Masukkan pula carrot,kubis bunga dan cendawan. 3. Biarkan mendidih dan masukkan tomyam paste.

4.Lastly,masukkan tomato. SIAP!

RESEPI MILO KEPAL VIRALLL!!!!

Bahan-bahan penyediaan - Milo satu tin - Ais atau air batu sebata besar - Susu (lagi elok kalau susu kotak rendah lemak) - Air kosong je - Blender biasa - Topping (mengikut kesukaan anda)

Topping yang dicadangkan - Choc rice - Kacang tanah hancur - Biskut Oreo - Nata de coco - Jeruk buah - Kacang gajus dikisar halus

Cara-cara pennyediaan
- Masukkan serbuk Milo (ikut la kesesuaian hidangan) ke dalam kuali atau periuk
- Tambahkan air supaya serbuk Milo menjadi cecair. Pastikan Milo dalam keadaan pekat ye.. - Jangan tambah terlalu banyak air (nanti terlampau cair tak bestt) - Panaskan sehingga pekat. Jangan sampai mendidih
- Kisar ais menggunakan blender sehingga hancur. - Pastikan tidak terlalu hancur menjadi air. - Bila sudah kisar, keluarkan ais dan kepal menggunakan tangan anda. - Anda boleh kepal ais menggunakan kain yang bersih bagi mengelakkan tangan anda kesejukkan ketika mengepal.
- Tuang susu pekat pada kepalan ais anda tadi atau gunakan susu kotak dutchlady atau nestle. - Sekiranya anda menggunakan susu kotak, susu itu akan lebih mudah menyerap masuk ke dalam ais. - Susu pekat agak sukar untuk diserap masuk ke dalam ais.(better guna susu kotak..hehe)
- Kemudian tuang Milo dalam bentuk cecair yang sudah dipanaskan tadi di atas ais kepal anda. - Seeloknya cairan Milo ini dibiarkan sejuk terlebih dahulu. Akhir sekali letak topping mengikut kesukaan anda. - Siap dan boleh dihidangkan.

LIST OF SOME INTERNET ACRONYMS

1. AKA (Also known as) 2. BTW (By the Way) 3. FAQ (Frequently asked Questions) 4. IDK (I don't know) 5. FYI / JFYI (Just/For your Information) 6. LOL (Laughing out loud) 7.N/A (Not Available) 8. TGIF (Thanks God, its Friday) 9. WTF (What the Fuck)
10. SMH (shaking my head) 11. LMAO (Laughing My Ass Off) 12. BC (Because) 13. BRB (Be right back) 14. DIY (Do it yourself) 15. IRL (In real life) 16. JK (Just Kidding) 17. ASAP (as soon as possible) 18. IKR ("I know, right?")
19. FML (Fck my life) 20. STFU (Shut The Fck Up) 21. GG/WP (Good game well played) 22. ISTG (I swear to God) 23. (before anyone else/ a person's boyfriend or girlfriend. Often as a form of address).
24. ETC (et cetera-used at the end of a list to indicate that further, similar items are included.) 25. IDGAF (I Dont Give A Fck) 24. TBH (To Be Honest) 25. TTYL (Talk To You Later) 26. GTG (Got To Go) 27. OOTD (Outfit Of The Day)
28. HMU ( Hit me up )
29. TBA (to be advised) 30. GM (Gi mampus) 31. IMMA (I'm gonna) 32. Gonna (going to) 33. ILY (i love you) 34. (Glory Glory Manchester United) 35. RPR (raklu pape roger)

Saturday, 13 January 2018

MAKSUD DOA DUDUK ANTARA DUA SUJUD.

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SELEPAS DAPAT KEPUTUSAN SPM KELAK !

Actually,saya dapat benda ni dari acc twitter @schoollah  (so,do follow this acc ye) .
Saya nak share sebab rasa macam benda ni sangat berguna untuk lepasan spm nanti.
.
1. Sejurus je korang dapat keputusan SPM, korang WAJIB update list universiti dalam UPU. Ini sebab, sebelum keputusan keluar, korang isi universiti di UPU berdasarkan minat kan. So kalini, korang update balik based on actual result SPM.
.
2. Sistem UPU adalah sistem berkomputer, kalau satu requirement tak lepas, jangan sesekali mohon, sebab confirm tak akan dapat. Disebabkan itu, penting untuk update list universiti korang bila dah dapat keputusan SPM. Letak universiti yang awak lepas requirement sahaja.
.
3. Saat keputusan SPM keluar, badan biasiswa seperti MARA & JPA akan umumkan permohonan biasiswa/pinjaman pelajaran mereka. Kebiasaannya, application mereka hanya dibuka untuk seminggu sahaja.
.
4. Untuk makluman semua, pelajar yang memohon IPG/Matrikulasi/IPTS/etc, permohonan korang dalam UPU tak akan ada apa-apa impact. Pelajar boleh memohon mana-mana permohonan di luar sistem UPU. Jangan risau.
.
5. Saat keputusan SPM keluar, IPTS akan berlumba-lumba menghantar surat tawaran kepada para pelajar SPM. Kebanyakkan IPTS yg menawarkan biasiswa kepada pelajar kebiasaannya hanya menawarkan yuran belajar percuma/diskaun. Yuran asrama & elaun bulanan tidak disediakan.
.
6. Jadi, jika anda menerima surat tawaran daripada IPTS di rumah, pastikan anda membaca information yang ditulis di dalam surat tawaran tu. IPTS bukan cuba untuk scam pelajar, itu cuma cara marketing diorang untuk attract pelajar register bersama universiti mereka.
.
7. Untuk pelajar yang tidak menerima keputusan UPU, korang boleh mohon Rayuan nanti. Rayuan hanya boleh dimohon jika anda tidak menerima apa-apa tawaran UPU sahaja. Kalau nak tukar course/universiti, memang tak boleh mohon Rayuan.
.
8. Sebabtu pentingnya kemaskini permohonan UPU bila keputusan SPM keluar. Pelajar boleh tukar course dan universiti mengikut gred keputusan SPM atau nak mohon universiti sama dengan kawan.
.
9. Bila keputusan SPM keluar, keputusan permohonan Matrikulasi juga akan keluar beberapa minggu selepas itu. Untuk makluman anda, kalau anda terima tawaran (accept offer) Matrikulasi ketika itu, tiada kesan terhadap permohonan UPU anda. UPU masih akan teruskan application anda..
.
THE END~