Tuesday, 27 March 2018

RESEPI BIBIMBAP KOREA

Bahan-Bahannya : 280g sayur bayam Minyak bijan Cuka beras Garam dan lada hitam 225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci 1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh 1 lada hijau, dihiris halus 3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan.

Cara memasak: 1. Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut.

2. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. 3. Taburkan sedikit garam & lada hitam ke atas salmon, & stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit

4. Potong salmon kepada kepingan. Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. 5. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati.

6. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit. Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.

7. Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

1 comment:

  1. Casino, Hotel & Resort Near Me - DRMCD
    Casino, 통영 출장안마 Hotel & 안성 출장샵 Resort Near Me. Las Vegas: Hotel, Casino & Resort Near Me It is 인천광역 출장안마 also within a 24-hour distance 화성 출장안마 of the hotel and casino. 전라북도 출장안마

    ReplyDelete